Penganas tidak lagi menumpukan aktiviti jahat mereka terhadap orang politik, atau orang awam. Kali ini, Ahmad Dhani menerima sebuah bungkusan bom yang dimuatkan dalam buku, hari selasa lalu. Namun, bungkusan tersebut hanya dibuka sekitar pukul 9 pagi tadi (waktu Indonesia).

Bom tersebut dibalut dengan mengunakan buku yang berjudul ‘Yahudi Militan’ sebagai umpan. Namun, Ahmad Dhani yang curiga akan bungkusan misteri dengan segera menghubungi pihak berkuasa. Pasukan pemusnah bom telah berjaya meledakkan bom tersebut sekitar tengah hari tadi di sebuah lapangan, berdekatan dengan pejabat Republik Cinta Management, milik Ahmad Dhani.
Menurut sumber, kes-kes sedemikian bukan pertama kali berlaku terhadap selebriti Indonesia. Sebelum ini, 3 orang selebriti pernah menerima bungkusan yang serupa, namun tajuk bukunya berbeza-beza.
Saksikan Video Punca Ahmad Dhani Dibenci