Komuniti Blog fm2U Radio Station

Komuniti Blog fm2U Radio Station dibina pada tahun 2010 sebagai langkah kedua selepas kejayaan nismo membina organisasi fm2U & fm4U Radio. Objektif utama dalam membangunkan seluruh rangkaian blog ini adalah bagi menyampaikan informasi terkini, ideologi penulisan serta banyak bahan-bahan lain untuk tatapan rakan pendengar kedua radio kami. Disamping itu, objektif ini termasuk mengumpulkan lebih ramai blogger Malaysia di dalam satu portal bagi memudahkan perkongsian maklumat kepada para pembaca blog terutamanya pendengar fm2U & fm4U Radio.

Misi utama Komuniti Blog fm2U Radio Station adalah menjadi portal setempat pengumpulan blogger - pembaca serta perkongsian maklumat terkini.

Ringkasannya, pembangunan Komuniti Blog fm2U Radio Station ini akan terus bekerjasama dengan rakan blogger untuk berkumpul dan berkongsi maklumat disamping menjadi pusat carian bahan bacaan harian bagi pengguna internet kelak.

"SIMPLE & EFFECTIVE...!!"

Yang Benar;

DEEJAY NISMO
ADMIN,
ADRENALIN™ Waris Adam