Masih belum ada pengumuman rasmi daripada M.Nasir, ada ura-ura di twitter tadi menyebut bahawa sifu M.Nasir kini sudah bergelar Dato. Namun, pihak Gua sudah mengesahkan perlantikan tersebut sebentar tadi.
Menurut Gua.com.my, Seniman M.Nasir dikurniakan gelaran Dato’ oleh Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar.
Dalam pada masa yang sama, komposer terkenal Ramli MS turut dikurniakan gelaran yang sama. Kedua-dua seniman ini pernah menjadi pengetua Akademi Fantasia, dan amat komited dengan kerjaya seni mereka.

