Orang kata, Rebecca Black merupakan pengganti Justin Bieber. Mungkin sebagai persediaan sejak Justin Bieber mencapai tempoh matang, suara tidak lagi comel, harus ada pengganti.

Tapi, jujur kata Rebecca Black tidak’lah se-best Justin Bieber. Single terbaru berjudul Friday mengandungi lirik yang boleh tahan sampahnya. Memang pelik, sebab ramai pula penonton yang menonton video klipnya. Setakat hari ini, sudah 15.8 juta viewers, fuh!
Hasil tinjauan, kami mendapati respon orang menganggap Rebecca Black sebagai ‘a new joke of Justin Bieber’, bukan sebagai penyanyi yang berbakat.
Kredit: Ohbulan

Pada mulanya, kemunculan Rebecca Black tidak mendapat perhatian sesiapa pun. Sehinggalah Michael J Nelson (19000 followers) menghantar tweet yang berbunyi, “Let this be on you lips as you head into the weekend, (it is also the answer “what’s the worst video ever made”).”
Apa pun, bad publicity still a publicity. Walaupun tidak mendapat respon yang positif, Rebecca Black telah muncul sebagai Twitter Trending pada hari ini, not bad. Enjoy video menghafal hari daripada Rebecca Black selepas ini.